Friday, 25 July 2014

Anak-anak Nabi Muhammad SAW

basmalah Anak anak Nabi Muhammad SAW

Assalamu’alaikum WBT.

Semalam telah berlangsung upacara perkahwinan diraja, Willilam dan Kate. Saya tidaklah terdetik untuk bercerita tentang perihal mereka. Cuma bila melihat status rakan-rakan di Facebook, mereka menulis Watching Royal Wedding. Pada mulanya saya terpinga-pinga apa dia RW tu. Menggunakan Google akhirnya terjawaplah persoalan saya tu.

Ketika saya sedang mendengar tazkirah maghrib, si ustaz bertanya adakah anda mengenali anak-anak Nabi Muhammad? Maka dengan persoalan itu, terdetiklah hati saya untuk mengupdate status Facebook saya dengan bertanya “Dok sibuk Putera Will bla bla bla.. Putera puteri Nabi Muhammad SAW korang kenal tak? Meh sini komen dengan ingatan yang korang ada”.

Seingat saya, saat saya post update tersebut merupakan waktu peak time, hampir 200 friends saya yang sedang online. Namun..sambutan untuk komen terhadap status itu mendukacitakan.

Apapun terima kasih kepada Azariff kerana sudi komen, maka dengan itu tertulislah post ini.

BUDAK%2BCOMEL Anak anak Nabi Muhammad SAW

Terus kepada tajuk post kali ini. Mungkin sebahagian pembaca pernah menyanyi lagu dibawah ini:

Anak nabi kita
Ada tujuh orang
Tiga laki-laki
Empat perempuan
Qassim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah,
Zainab, Ummu Kalthum,
Siti Ruqaiyah

Adakah kalian masih ingat bagaimana lagu tersebut dinyanyikan. Ya, saya masih ingat dengan segar diingatan saya ini! Sekiranya anda masih diawangan, mari dengarkan adik kecil ini menyanyi.

Anak Nabi Kita #1

Dan satu lagi:

Anak Nabi Kita #2

Mungkin sebutan mereka masih lagi tidak jelas, namun begitulah lagunya. Saya tidak jumpa pula lagu yang cantik, jika anda ada kongsikan la bersama.

Teringat waktu PASTI dahulu, nyanyikan lagu ni. Saat itu hanya lagu2 yang berunsur agama sahaja yang didengarkan. Sekarang…..terlalu banyak lagu yang mengalpakan. Jika sebelum ini saya selalu mendengar IKIM.fm saat sedang online, sekarang saya sudah bertukar ke iLuvislam Radio. icon smile Anak anak Nabi Muhammad SAW

Banyak lagi lagu-lagu yang harus (bagi saya wajib) untuk kita perdengarkan kepada anak-anak kecil kita, seperti lagu Sifat 20, al-Asma al-Husna, 25 Rasul dll. Berikanlah mereka didikan agama sehinggalah akhir hayat mereka. Bukan jika sudah 18 tahun, kita kena lepas tangan. Itulah kesilapan kita.

Begitulah serba sedikit yang saya dapat tuliskan diwaktu yang teramat sibuk ini.

Sebelum terlupa, pagi tadi saya menderma darah di Karnival Mesra Kampung, Kampung Medan. Seperti biasa, kesan lebam mesti ada. Apa yang membuatkan saya rasa ingin menulis tentang derma darah ini, kerana waktu saya baring terlalu cepat. Jika sebelum ini hampir 10 minit (ada yang lebih pasal salah cucuk), namun tadi tidak sampai 5 minit. Terkejut saya bila dah siap. Gemuk bungkusan darah tu. Mungkin nurse yang cucuk tu tepat pada tempatnya kot. Rasa tak puas menderma, kena tunggu 3 bulan lagi. Pada anda yang cukup syarat, pergilah menderma di hospital2 berhampiran anda. InsyaAllah besar pahala yang anda akan perolehi.

Sekian sahaja buat waktu ini, masih tidak sempat nak update tentang cerita blog ini. InsyaAllah dilapangan yang lain.

Wallahu’alam, Wassalamu’alaikum. icon smile Anak anak Nabi Muhammad SAW

 

Yang benar,

Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Diploma Sains Komputer
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
mail [at] kauthar [dot] net

 

pixel Anak anak Nabi Muhammad SAW

Facebook Comments

comments

Comments

6 Responses to “Anak-anak Nabi Muhammad SAW”
  1. sangat bagus dan membantu…trims.

  2. semoga ALLAH meridhoi mereka semua.

    aminn ya ALLLAh ya RABBAL ‘alamin.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge