Friday, 25 April 2014

Doa Rabitah

basmalah Doa Rabitah

Assalamu’alaikum WBT.

Salam Mahabbah buat anda semua. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah kerana kita masih lagi dilimpahi dengan nikmat Iman dan Islam yang tidak ternilai ini. Post kali ini berkenaan Doa Rabitah.

Doa Rabitah boleh dijumpai di kitab al-Ma’thurat oleh Imam Hasan al-Banna. Saya terlintas untuk membuat posting berkenaan Doa Rabitah ini apabila KUIS mula membuat pembaharuan, yang mana sebelum kelas dimulakan, maka digalakkan untuk membaca Doa Rabitah ini terlebih dahulu. Dibawah ini bacaan Doa Rabitah dan terjemahannya.

[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:  

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at-Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.

 

Untuk format PDF, anda boleh muatturun dengan klik DI SINI atau link http://www.kauthar.net/download.php?file=doa-rabitah .

Saya juga mengambil kesempatan untuk membuat video bagi lagu UNIC – Doa Rabitah di album terbaru mereka, Hijrah. Menggunakan Sony Vegas, akhirnya siaplah video yg saya usahakan. Boleh lihat di YouTube atau terus klik play pada video dibawah ini.

 

 

Firman Allah SWT:

ghafir 40 60 Doa Rabitah

InsyaAllah, marilah kita sama-sama berdoa serta memanjatkan syukur kita pada Allah SWT. Ingatlah, Allah sentiasa ada bersama kita tidak kira diamana anda berada dan apa yang anda lakukan.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka2 yang beriman dan soleh. Mohon doakan kejayaan saya dan kawan2 serta kita semua didunia dan diakhirat. Amiin.

Sekian sahaja buat masa ini, semoga mendapat manfaat daripadanya, sebar2kan lah sekiranya post ini bermakna buat anda serta orang lain.

Wassalamu’alaikum.

Yang benar,

Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Diploma Sains Komputer (2008-2011)
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (2011-2013)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
mahmud [at] iluvislam [dot] com

pixel Doa Rabitah

Facebook Comments

comments

Comments

8 Responses to “Doa Rabitah”
  1. Bunga Agama says:

    nice post.. follow link dr utube, den got up here.. nice2..keep it up.. (err..soklan tuk spam protection tu susah la..haha)

  2. jazakallah khair atas uploadnya pak Cik, aku mengambil manfaat dari upload ini. Semoga Allah selalu melimpahkan rahmat kepada p. cik dan keluarga, aimn.

  3. terima kasih atas videonya, dengannya anak bisa belajar lebih cepat. Mudah2an Allah membalas segala kebaikan pa Cik. Amin

  4. Anonymous says:

    Salam…mohon d share..

  5. Anonymous says:

    jkk. Allah kurniakan anta kebaikan dunia lebih² lagi di akhirat kelak. InsyaAllah.

  6. Wa’alaikumussalam. Silakan. Semoga bermanfaat. :)

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge