Saturday, 2 August 2014

Virus Shortcut, File dan Folder Hilang

basmalah Virus Shortcut, File dan Folder Hilang

Assalamu’alaikum WRT WBT;

Terima kasih kerana sudi membuka dan membaca post-post di blog saya ni. Alhamdulillah, kali ini saya berkesempatan untuk mengemaskini blog ini. Terus kepada tajuk. Saya pernah membuat post yang hampir sama DISINI, tapi pada waktu itu hanya fail DOC dan DOCX sahaja yang dijangkiti, namun kaedah tersebut masih boleh digunakan.

Dah lama saya bercadang nak buat post ini, namun tiada masa (ecece). Apapun, terima kasih atas pertanyaan rakan diploma saya, Atiqah di post ini, akhirnya saya mengambil keputusan untuk buat tutorial di blog saya.

Virus ini terjadi dimana-mana terutama di IPT, Sekolah, Pejabat, Kafe Siber dan seangkatannya. Ianya merebak melalui device/pendrive yang telah sedia dijangkiti dan dibuka pada komputer yang masih elok. Kebanyakkan Anti Virus dapat mengesan virus ini dan membuangnnya, namun kesan sampingan dari virus tersebut, fail dan folder anda tidak menjadi seperti asal.

Disini saya akan menunjukkan cara-cara untuk memperbaiki kembali fail dan folder yang telah menjadi shortcut akibat daripada virus-virus yang bertebaran. Langkah ini berdasarkan cara yang saya selalu lakukan. Lihat rajah dibawah;

 Virus Shortcut, File dan Folder Hilang

(Contoh External Harddisk yang telah dijangkiti virus) 

Virus ini membuatkan folder/fail anda menjadi Super Hidden, bukan Hidden biasa yang kita temui. Folder/fail yang telah terkena jangkitan virus ini tidak akan dapat ditukar kepada asal melalui Properties windows. Kena ada langkah-langkah yang perlu dituruti.

Ikuti langkah-langkah berikut, klik pada gambar untuk besarkan (tutorial ini menggunakan Windows 7):

  1. Klik pada Organize, dan pilih Folder and search options.

hidden2 Virus Shortcut, File dan Folder Hilang

  1. Pilih tab View, check pada Show hidden files, folders, and drivers. Untick Hide protected operating system files (Recommended).

 Virus Shortcut, File dan Folder Hilang

  1. Buka kembali drive anda, folder asal akan kelihatan. Untuk mengenalpasti, folder asal berada dalam keadaan kabur dan Type adalah File folder.

 Virus Shortcut, File dan Folder Hilang

  1. Download software UnHiddenFileTool DISINI (http://www.mediafire.com/?80m1yf8cc3s7wiz) dan buka.
  1. Tekan Browse dan pilih pada drive anda. Kemudian tekan Search.

 Virus Shortcut, File dan Folder Hilang

  1. Folder/fail yang hidden akan disenaraikan dengan warna kuning. Anda boleh susun dengan menekan pada tab-tab yang ada seperti File names, Type, Attribute. Dalam kes ini saya tekan pada tab Type.

 Virus Shortcut, File dan Folder Hilang

  1. Pilih folder/fail yang anda ingin perbaiki dengan menekan CTRL+fail atau SHIFT+senarai fail.

 Virus Shortcut, File dan Folder Hilang

  1. Seterusnya, tekan pada Apply. Pastikan kesemua Set Attribute dalam keadaan untick.

 Virus Shortcut, File dan Folder Hilang

  1. Folder/fail anda kembali kepada asal, dan anda boleh membuang shortcut-shortcut tersebut.

 Virus Shortcut, File dan Folder Hilang

 

Sekiranya anda ada sedikit kepakaran IT, anda boleh cuba menggunakan Command Promt untuk perbaiki seperti langkah dibawah (terima kasih kepada Ismail kerana memberikan alternatif lain);

  1. Masukkan external / pendrive anda, lihat Drive Letter device tersebut di My Computer. Contoh – (F:)
  2. Buka Command Prompt
  3. Masukkan Command ini : attrib -s -h -r f:/*.* /s /d
  4. Tekan Enter, tunggu sebentar sehingga Command tersebut Execute
  5. Buka external / pendrive anda dan lihat sama ada telah elok

Setakat ini sahaja post saya kali ini. Doakan kejayaan saya dan kawan-kawan. Jumaat ini mula peperiksaan akhir semester. Semoga kami mendapat kejayaan yang cemerlang.

 Virus Shortcut, File dan Folder Hilang

(Jadual Final Exam)

Sekian, Wallahu’alam.

Wassalamu’alaikum WRT WBT.

 

Mahmud al-Kauthar Mohamad Rabeh
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (2011-2013)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
mail [at] kauthar [dot] net

 

Kredit: ebsoft

pixel Virus Shortcut, File dan Folder Hilang

Facebook Comments

comments

Comments

20 Responses to “Virus Shortcut, File dan Folder Hilang”
  1. wah.. pening aku baca. kenapa skrg br post. aku br je format pendrive aku. sbb file hidden. aku pk, mst ada virus. last2 aku format belaka. =_=

  2. wah.. pening aku baca. kenapa skrg br post. aku br je format pendrive aku. sbb file hidden. aku pk, mst ada virus. last2 aku format belaka. =_=

  3. Kerul says:

    Best ader geng blogger cam hang… Keep up bebeh…

  4. al-amin says:

    sekadar berkongsi. kalau kat lab kuis tu mmg bersepah virus ni.
    biasanya guna software utk recover balik folder2 yg hilang tu. namanya “USB Show”. freeware & size pun kecil je, 114kb.
    http://usb-show.en.softonic.com/
    setakat ni mmg tak menghampakan

  5. Jzkk kongsian menarik.
    Cuma bagi saya adalah lebih mudah kalau gunakan Attribute Changer utk unhidden file yg di-system-kan tu. Sebab bila dah kat step select semua files yg +r +h +s tu, nnti cuma klik kanan mouse dan pilih Attribute Changer dan untick hidden & system, dan apply. Selesai. Sekadar kongsian dari saya.

  6. Tqvm…dah boleh bukak…naseb baek x hilang…

  7. Syuhaidah HZ says:

    mcm mn nak kembalikan file y kn virus, scan gn smadav terus hilang file…blh dpt balik x sbb file tu penting? mintak tolong…

  8. alhamdulillah..thanks a lot utk tips yg sgat bermanfaat ni..:)

  9. alhamdulillah..sgt berguna..tq =).

  10. Mohd Azuel says:

    terima kasih admin…sgt berguna..alhamdullilah segala masalah saya sehari2 ni selesai setelah terjumpa web ni…thanks.

  11. Sazali Rgcx says:

    Ya ALLAH trima kasih sgt2 benar2 membntu sy..amin..syukur…

  12. Leya Aleeya says:

    thanks admin…selesai masalah file yg jd shortcut kt hard disk..sgt2 bguna..yeah…:)

  13. Ira Zakaria says:

    macam mana kalau kita dah buat semua langkah2 ni tapi folder virus yang mana trasher tu masih ada lagi ye

  14. nur fakhariah says:

    salam nak tanya ..mcm mana kalau pendrive yang dah kena virus .. tak dapat nak dibuka …

  15. Salam, mohon maaf lambat. Jika telah unhide masih tiada. Maka file tesebut tidak dapat diselamatkan. Mungkin boleh guna recovery software, namun peratusan untuk dapatkan kembali amat rendah.
    Mahmud al-Kauthar recently posted.. JomSolat – Aplikasi Belajar Solat Untuk Kanak-kanakMy Profile

  16. Alhamdulillah. Tahniah. Boleh lah sebarkan. Semoga bermanfaat. :-)
    Mahmud al-Kauthar recently posted.. JomSolat – Aplikasi Belajar Solat Untuk Kanak-kanakMy Profile

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a Gravatar!

CommentLuv badge